Selasa, 21 Oktober 2014


Kedai baru, Wajah baru...

Alhamdulillah.....akhirnya... kedai baru ku telah bertukar wajah..berkat usaha dan sokongan keluarga, sahabat handai, saudara mara, jiran tertangga... terima kasih semua...

harap-harap impian ini dipermudahkan untuk dikecapi dan diberkati oleh Nya..

AMIIINNN.....

Lokasi..:: belakang Restoran ABC (kedai mamak)









 harap2 dipermudahkan segalanya...
aminnnnn..

Isnin, 13 Oktober 2014

Bangunan Milik Riyats Autoworks

Wajah Bangunan Baru



Assalamualaikum....... hai... kepada semua pembaca blog Riyats Autoworks... sy ada Good News ni..

Riyats telah MEMBELI sebuah bangunan jenis lot kedai 2 tingkat yang mempunyai bahagian pentadbiran dan perkhidmatan.

ALAMAT:
No.30 Lorong TPS ½, Taman Perniagaan Senawang, 
70450 Seremban



Alhamdulillah, berkat kerja keras dan sokongan daripada tuan puan semua.. akhirnya, Riyats dapat beli bangunan sendiri.. untuk pengetahuan, Riyats Autoworks Mysixteen hundred tidak lagi beroperasi di lokasi lama.
Buat sementara waktu ni, Riyats Autoworks dan Riyats Autoworks Mysxteen hundred telah bergabung tenaga bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan lebih mantap dan kepuasan hati pelanggan dapat di penuhi.

Tarikh pembukaan kedai baru akan di maklumkan kemudian setelah kerja-kerja baik pulih kedai siap di jalankan.

kat bawah ni, ada gambar kerja-kerja baik pulih kedai.. jom tgok satt........


LOKASI BARU

 gambar kedai baru

 Gambar hadapan kedai

 bersebelahan dengan kedai aksesori penyaman udara

Bersebelahan dengan bengkel Choon Hock



BAHAGIAN KEDAI



 Pejabat 

 Kemudahan tandas turut di sediakan

 tempat penyimpanan barang


pandangan ke tingkat atas

 bahagian atas kedai


 Tempat penyimpanan fail-fail syarikat

 Pandangan dari tingkat atas

 pandangan luar dari tingkat atas

Stor




KERJA -KERJA PEMBERSIHAN




KERJA-KERJA MENYIMIN LANTAI







haaaaa.. tu je la dulu info pasal kedai baru kitorang k.. nnt pape maklumat terbaru saya update lg...

Sekian. terima kasih














Jumaat, 3 Oktober 2014

PUNCA KERETA BERGEGAR


Antara punca kereta Bergegar
~Tayar Haus~
Kadang kala pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

lokasi ku



Assalamualaikum.... ape kabar semua...saje nk post peta lokasi RIYATS AUTOWORKS....nnt senang kalo nk servis kete kat sini.... save dalam fon, OK??!!




Ni contact number yg boleh di hubungi :

Syaril - 019 2434335
Topik - 012 6424965
Tampin - 012 6796445
Kerul - 019 6192512
Emy - 017 6319565
Pejabat - 06 677 6617