Rabu, 24 September 2014

Harga dan Hadiah Menarik Bersama Petronas Di Riyats Autoworks


Kepada para pelangan Riyats,  korang mesti suke perkataan 'FREE GIFT" kan???
haaa.. kalau korang nak free gift datang la service kereta kat Riyats... macam2 hado...

LAA NII...Tunggu apa lagi.... pakat mai la ke Riyats Autoworks sementara Stok masih ada...


Petronas Syntium 3000 5w40




Petronas Mach5 15W40
Rm90 termasuk upah

Petronas syntium 800 semi synthetic

Rabu, 10 September 2014

PENJAGAAN RADIATOR

TIP PENJAGAAN

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon. - 

Cara penyelenggaraan radiator:
Setiap 3 bulan:
1. Buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.
2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.
3. Biar enjin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.
4. Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.
5. Hidupkan enjin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila enjin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non-function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.
7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.
8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. 
9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator sama ada yang baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika dibiarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos membaiki overheating ialah  bergantung kepada teruknya kerosakan. 


Isnin, 8 September 2014

CARA MENJAGA TAYAR

6 TIPS PENJAGAAN TAYAR KERETA


TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.



KETIGA

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang. - 




SEKIAN......(^_~)V

Khamis, 4 September 2014

PENGGUNAAN GEAR AUTO

CARA YANG  BETUL UNTUK PENGGUNAAN GEAR  BAGI KERETA AUTO

Assalamualaikum.... hai, kali ni saya nak kongsikan tip penggunaan gear auto yang betul... Penggunaan gear yang salah boleh menyebabkan gearbox rosak dan kos gearbox sangat mahal...

Apa yang boleh kita buat adalah meggunakan gear auto dengan betul bagi mengelakkan kita menanggung kos yang tinggi terhadap kereta... Mari kita bace Serba sedikit Tips dibawah ni ye:

JANGAN TUKAR GEAR  'P' DI TRAFFIC LIGHT

Kadang-kadang samasa kita berhenti di traffic light, kita mesti ade terperasaan kereta depan masuk gear P.. mudah je nak tau,sebab lampu reverse akan menyala sekejap...bayangkan lampu da lama hijau tapi pemandu x perasan... kereta belakang pulak, hon2... pemandu akan panik.. tekan minyak dulu baru masuk gear..nk cepat nye pasal.. ini akan menyebabkan gear anda boleh rosak atau cepat rosak....

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1.tekan brek
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear,tolak je)
3.Tarik hand brek
4. lepas Brek kaki

Kaedah yang betul bila nk jalan balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear,tarik je)
3. Lepaskan handbrek
4. Lepas Brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1.P > R
2. R > P
3. R > N
4. N .> R
5. D > L/D2
6.L/D2 > D

JANGAN SESEKALI TEKAN  TOMBOL ANTARA

1. D > N
2. N > D
3. D > D3
4. D3 > D


KENAPA??? 

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada terlajak tolak gear, jika terlajak, gearbox boleh rosak.

Contoh, jika  anda ingin ke gear N dari gear D... Sekiranya x tekan tombol gear, anda x dapat tolak lebih kerana tersekat di N.. Jika anda tekan tombol , anda boleh terus tolak ke gear R..

Sebagai contoh... anda ingin berhenti di lampu traffic... dari gear D anda ingin ke gear N... jika anda menekan tombol.. kemungkinan untuk anda dari gear D terus ke gear R amatlah tinggi...jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox akan rosak akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear..

Walaubagaimanapun.. bagi kereta yang mempunyai gear jenis yang lekuk-lekuk x pe.. selamat digunakan walaupun tekan tombol.. xde masalah...


tempat tekan tombol x de pun kan

Berikut adalah susun gear untuk gearbox auto

P - parking : digunakan untuk memberhentikan kereta. Gear akan disekat.. kereta akan berhenti walaupun handbrek tidak ditarik.

R - reverse : untuk mengundur kereta

N - neutral :jika posisi menunggu traffic light atau jem... guna N.. bukan P

D - Drive : pertukaran gear 1 2 3 4dan seterusnya gear overdrive.. gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4, gear yang di gunakan cuma 1 2 3 sahaja...

3 : sesetengah kereta tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear 4 ke 3

2 : ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya sebaliknya akan jatuh ke gear 1 jika perlu..

L - low : gear permulaan..


Selamat Membaca dan Mencuba