Khamis, 4 September 2014

PENGGUNAAN GEAR AUTO

CARA YANG  BETUL UNTUK PENGGUNAAN GEAR  BAGI KERETA AUTO

Assalamualaikum.... hai, kali ni saya nak kongsikan tip penggunaan gear auto yang betul... Penggunaan gear yang salah boleh menyebabkan gearbox rosak dan kos gearbox sangat mahal...

Apa yang boleh kita buat adalah meggunakan gear auto dengan betul bagi mengelakkan kita menanggung kos yang tinggi terhadap kereta... Mari kita bace Serba sedikit Tips dibawah ni ye:

JANGAN TUKAR GEAR  'P' DI TRAFFIC LIGHT

Kadang-kadang samasa kita berhenti di traffic light, kita mesti ade terperasaan kereta depan masuk gear P.. mudah je nak tau,sebab lampu reverse akan menyala sekejap...bayangkan lampu da lama hijau tapi pemandu x perasan... kereta belakang pulak, hon2... pemandu akan panik.. tekan minyak dulu baru masuk gear..nk cepat nye pasal.. ini akan menyebabkan gear anda boleh rosak atau cepat rosak....

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1.tekan brek
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear,tolak je)
3.Tarik hand brek
4. lepas Brek kaki

Kaedah yang betul bila nk jalan balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear,tarik je)
3. Lepaskan handbrek
4. Lepas Brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1.P > R
2. R > P
3. R > N
4. N .> R
5. D > L/D2
6.L/D2 > D

JANGAN SESEKALI TEKAN  TOMBOL ANTARA

1. D > N
2. N > D
3. D > D3
4. D3 > D


KENAPA??? 

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada terlajak tolak gear, jika terlajak, gearbox boleh rosak.

Contoh, jika  anda ingin ke gear N dari gear D... Sekiranya x tekan tombol gear, anda x dapat tolak lebih kerana tersekat di N.. Jika anda tekan tombol , anda boleh terus tolak ke gear R..

Sebagai contoh... anda ingin berhenti di lampu traffic... dari gear D anda ingin ke gear N... jika anda menekan tombol.. kemungkinan untuk anda dari gear D terus ke gear R amatlah tinggi...jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox akan rosak akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear..

Walaubagaimanapun.. bagi kereta yang mempunyai gear jenis yang lekuk-lekuk x pe.. selamat digunakan walaupun tekan tombol.. xde masalah...


tempat tekan tombol x de pun kan

Berikut adalah susun gear untuk gearbox auto

P - parking : digunakan untuk memberhentikan kereta. Gear akan disekat.. kereta akan berhenti walaupun handbrek tidak ditarik.

R - reverse : untuk mengundur kereta

N - neutral :jika posisi menunggu traffic light atau jem... guna N.. bukan P

D - Drive : pertukaran gear 1 2 3 4dan seterusnya gear overdrive.. gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4, gear yang di gunakan cuma 1 2 3 sahaja...

3 : sesetengah kereta tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear 4 ke 3

2 : ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya sebaliknya akan jatuh ke gear 1 jika perlu..

L - low : gear permulaan..


Selamat Membaca dan Mencuba



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan