Isnin, 8 September 2014

CARA MENJAGA TAYAR

6 TIPS PENJAGAAN TAYAR KERETA


TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA

Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.



KETIGA

Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT

Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA

Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM

Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang. - 




SEKIAN......(^_~)V

Khamis, 4 September 2014

PENGGUNAAN GEAR AUTO

CARA YANG  BETUL UNTUK PENGGUNAAN GEAR  BAGI KERETA AUTO

Assalamualaikum.... hai, kali ni saya nak kongsikan tip penggunaan gear auto yang betul... Penggunaan gear yang salah boleh menyebabkan gearbox rosak dan kos gearbox sangat mahal...

Apa yang boleh kita buat adalah meggunakan gear auto dengan betul bagi mengelakkan kita menanggung kos yang tinggi terhadap kereta... Mari kita bace Serba sedikit Tips dibawah ni ye:

JANGAN TUKAR GEAR  'P' DI TRAFFIC LIGHT

Kadang-kadang samasa kita berhenti di traffic light, kita mesti ade terperasaan kereta depan masuk gear P.. mudah je nak tau,sebab lampu reverse akan menyala sekejap...bayangkan lampu da lama hijau tapi pemandu x perasan... kereta belakang pulak, hon2... pemandu akan panik.. tekan minyak dulu baru masuk gear..nk cepat nye pasal.. ini akan menyebabkan gear anda boleh rosak atau cepat rosak....

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1.tekan brek
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear,tolak je)
3.Tarik hand brek
4. lepas Brek kaki

Kaedah yang betul bila nk jalan balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear,tarik je)
3. Lepaskan handbrek
4. Lepas Brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1.P > R
2. R > P
3. R > N
4. N .> R
5. D > L/D2
6.L/D2 > D

JANGAN SESEKALI TEKAN  TOMBOL ANTARA

1. D > N
2. N > D
3. D > D3
4. D3 > D


KENAPA??? 

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada terlajak tolak gear, jika terlajak, gearbox boleh rosak.

Contoh, jika  anda ingin ke gear N dari gear D... Sekiranya x tekan tombol gear, anda x dapat tolak lebih kerana tersekat di N.. Jika anda tekan tombol , anda boleh terus tolak ke gear R..

Sebagai contoh... anda ingin berhenti di lampu traffic... dari gear D anda ingin ke gear N... jika anda menekan tombol.. kemungkinan untuk anda dari gear D terus ke gear R amatlah tinggi...jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox akan rosak akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear..

Walaubagaimanapun.. bagi kereta yang mempunyai gear jenis yang lekuk-lekuk x pe.. selamat digunakan walaupun tekan tombol.. xde masalah...


tempat tekan tombol x de pun kan

Berikut adalah susun gear untuk gearbox auto

P - parking : digunakan untuk memberhentikan kereta. Gear akan disekat.. kereta akan berhenti walaupun handbrek tidak ditarik.

R - reverse : untuk mengundur kereta

N - neutral :jika posisi menunggu traffic light atau jem... guna N.. bukan P

D - Drive : pertukaran gear 1 2 3 4dan seterusnya gear overdrive.. gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4, gear yang di gunakan cuma 1 2 3 sahaja...

3 : sesetengah kereta tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear 4 ke 3

2 : ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya sebaliknya akan jatuh ke gear 1 jika perlu..

L - low : gear permulaan..


Selamat Membaca dan Mencuba



























Jumaat, 29 Ogos 2014

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



       Di kesempatan yang ada ni.. Riyats ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE ~ 57 kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, pakcik makcik, adik kakak serta pelanggan Riyats yang di kasihi......Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Riyats, Supplier2, creditor2 yang selama ini telah banyak memberi kerjasama kepada kami...


TERIMA KASIH......


Majulah Workshop untuk negara... Sekian..









Jumaat, 1 Ogos 2014

Malaysian Drag Racing 2013

RKM - KBS Malaysian Drag Racing Championship 2013 

SEPANG CIRCUIT



Jom kite imbas kembali kejayaan Riyats Autoworks dalam bidang pemotoran.. Ni adalah antara koleksi-koleksi gambar Malaysian Drag Racing Championship 2013...












RKM-KBS National Drag racing Championship 2013 
MELAKA

Melaka Sprint Race

Melaka Sprint Race- Final Round

Johan k..


RKM-KBS RKM-KBS Malaysian Drag racing Championship 2013
MAKTAB TEKNIK PDRM,
BAKRI, MUAR


On Track- stanby
On track
Overrall Na<1.6cc pro Street


Jumaat, 25 Julai 2014

HARI RAYA AIDILFITRI

 SELAMAT HARI RAYA

~MAAF ZAHIR BATIN~


Yeay.... "Selamat hari raya, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini" ~~~~... 

FUHH...setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga akhirnya tiba lah masa untuk kita meraikan kejayaan NI... oleh itu, kami nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! Ucapan ni khas buat rakan-rakan dan semua pelanggan RIYATS AUTOWORKS...

Hari raya, hati masing-masing x sabar nk balik kampung, nak pakai baju raya baru, nak makan ketupat rendang dari pagi sampai ke malam, hias rumah... haaaaa... sebut pasal hias rumah ni.. Riyats pun ade gak wat preparation tuk Raya  kali ni.. hias bengkel.. hi hi hi..jom kite tgok gambar..


bahan-bahan yang diperlukan adalah ketupat reben, kad raya, angpau,
 stapler, gunting, double tape dan lain-lain....


proses penyususan daun ketupat



ni... mando x bertauliah tengah bagi explaination..

setelah bertungkus lumus dan perkongsian idea antara kami......ini lah hasil nye..

taaadaaaa....

cantik x?? cantik kan...
hahaha...

Riyats juga ada bagi sikit cenderahati kepada pelanggan yang datang service kereta di sini...
"Kuih tart Coklat" 
lupa la name kuih ni..klo x silap tu la nama die... sape sape nak order pun boleh..rase die, terbaik dari ladang.....

kuih raya sebagai cenderahati


Akhir kata : MAAF ZAHIR BATIN


~Sekian~






Jumaat, 18 Julai 2014

Ramadhan Delight

Majlis Bebuka Puasa

Spanish Villa, Senawang

Setelah penat menahan lapar dan dahaga, ditambah pula terpaksa bekerja dalam bulan puasa ni... Riyats mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk manghargai jasa dan pengorbanan Staff...

majlis bebuka puasa ni, di adakan di SPANISH VILLA, SENAWANG... https://www.spanish+villa+senawang..  

Not Bad la tempat die... mcm2 juadah ade... ala-ala kampung... kambing golek... air pelbagai perisa..pencuci mulut pelbagai rasa.. kalo nk tawu lebih2... cube la sendiri..huhu

 ni gambar kenangan selepas makan



Muka x puas hati je Boss kite ni...
relex r boss bukan slalu amek gambar...he he he

Papehal pun.... tq boss adekan majlis bebuka puase ni...kenyang kami semua.Alhamdulillah.....rezeki lebih eloklah dikongsi bersama...mudah mudahan rezeki bertambah...AMIN...

Sekian...







Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan

Ramadhan Ya Ramadhan

Terlebih dahulu kami di Riyats Autoworks ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan serta pelanggan Rityats Autoworks dan Mysixteen Hundred yang selama ini telah banyak memberi sokongan kepada kami. 

"Tanpa anda, siapalah kami".=)



Bila bulan Ramadhan je, ini bermakna musim cuti raya akan bermula...mesti ramai yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.. ada yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh, menempuh trafik jam dan pelbagai masalah lagi....

Yang paling teruk skali bile terpaksa menghadapi masalah kereta 'brakedown'.. ishhh ni yang leceh ni.. klo boleh, bende-bende cmni memang nk dielakkan... mane tak  nye, buatnye brakedown kat tengah2 jalan, x ke menyusahkan..siap boleh menyebabkan jalan jem lagi... da la nk tggu 'towing' datang satu hal, dgn panas lg, hujan ke...ermmm...


Sebab tu la, pengguna di nasihatkan untuk service kenderaan diorang sebelum memulakan perjalanan... x kire la jauh ke dekat... yang penting service...bile memandu...hati senang, perjalanan selesa dan jiwa selamat..

Kalau korang x taw nk servis kat mane, service di RIYATS AUTOWORKS, macam2 perkhidmatan ditawarkan...siap ade POTONGAN HARGA LAGI!!!!

Harga promosi dri bulan puasa ni sampai bulan raya... cepat2...



Antara perkhidmatan yang kami tawarkan...jika beminat sila hubungi kami di :
1. Syaril - 019-2434335
2. Emy - 017-6319565
3. Topik - 012-6424965
4. Tampin - 012-6796445
5. Kerul - 019-6192512
6. Pejabat - 06-6776617